Sunday, October 12, 2014

TAHNIAH PRESIDEN CUEPACS



Media Cuepacs
11/10/2014




Dengan hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa Tuan Yang  Terutama Yang Dipertuan Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob sempena menyambut Hari Jadinya ke-70 pada hari Jumaat 10 Oktober 2014 telah berkenan mengurniakan kepada  Encik Azih Bin Muda ,


DARJAH PANGKUAN SERI MELAKA (D.P.S.M)
YANG MEMBAWA GELARAN DATUK

Majlis Jawatankuasa Kerja KEPP-STATS mengucapkan tahniah kepada YBhg. Datuk Azih bin Muda, Presiden CUEPACS.

Semoga CUEPACS terus maju jaya dalam memperjuangkan penambahbaikan Skim Perkhidmatan, Kebajikan dan Hak Penjawat Awam.

Sunday, September 7, 2014

11 Ogos 2014


CUEPACS MOHON BONUS DUA BULAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN

Utusan Malaysia
11/8/2014



KUALA LUMPUR 11 0gos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam pada pembentangan Bajet 2015, Oktober ini.

Presidennya, Azih Muda berkata, pemberian bonus itu amat penting bagi mengurangkan beban tanggungan kakitangan awam terutamanya golongan berpendapatan rendah menangani kos sara hidup yang tinggi.Katanya, ia juga selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin memberangsangkan selain bertujuan menghargai jasa penjawat awam dalam memacu perkembangan itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan cek sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) bagi membantu meringankan beban pertubuhan kebajikan itu yang melaksanakan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza.Dalam majlis itu, CUEPACS turut menyumbang sebanyak RM5,000 masing-masing kepada Ma’ahad Tahfiz Akademi Iqro Alquran dan Pusat Jagaan Darul Atiq.-

KEPUTUSAN RASMI UNDI SULIT PINDAAN PERATURAN

KEPUTUSAN RASMI UNDI SULIT
USUL PINDAAN PERATURAN
KESATUAN PEMBANTU PERANGKAAN KERAJAAN SEMENANJUNG MALAYSIA
PADA 04 SEPTEMBER 2014

USUL 1:     MENTRANSFORMASIKAN KESATUAN 
      Mentransformasi Kesatuan Untuk membuka skop keahlian daripada Gred 17 Hingga 26 kepada Gred 17 hingga Gred 40 dan seterusnya menukar nama Kesatuan Pembantu Perangkaan Kerajaan Semenanjung Malaysia Kepada Kesatuan Perkhidmatan Perangkaan Kerajaan Semenanjung Malaysia. Singkatan KEPP-STATS dikekalkan.

                  MENYOKONG : 231 UNDI (DILULUSKAN)
                  Membangkang:   202 Undi

Usul 2:    MEMINDA PERATURAN 3(1): AHLI KESATUAN
                 
Daripada:
“Keanggotaan Kesatuan ini terbuka kepada semua pekerja yang berkhidmat dalam skim Pembantu Perangkaan dalam perkhidmatan kerajaan di Semenanjung Malaysia ………..”

Kepada:
            “Keanggotaan Kesatuan ini terbuka kepada semua pekerja yang berkhidmat dalam Kumpulan Pelaksana Skim Perkhidmatan Perangkaan dalam perkhidmatan kerajaan di Semenanjung Malaysia ..……..”

                  MENYOKONG : 241 UNDI (DILULUSKAN)
                  Membangkang:   185 Undi

Usul 3:       MEMINDA PERATURAN 1(1) NAMA DAN PEJABAT YANG BERDAFTAR AHLI KESATUAN

                  Daripada:
Adapun nama kesatuan yang telah ditubuhkan menurut Peraturan-Peraturan ini ialah “Kesatuan Pembantu Perangkaan Kerajaan Semenanjung Malaysia (yang disebut “Kesatuan” di dalam ini).

      Kepada:
Adapun nama kesatuan yang telah ditubuhkan menurut Peraturan-Peraturan ini ialah “Kesatuan Perkhidmatan Perangkaan Kerajaan Semenanjung Malaysia (yang disebut “Kesatuan” di dalam ini).

                  MENYOKONG : 255 UNDI (DILULUSKAN)
                  Membangkang:   161 Undi
Usul 4:     MEMINDA PERATURAN 9(5): MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN

                  Daripada:
Satu perempat daripada jumlah ahli-ahli yang berhak mengundi adalah menjadi korum Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan

Kepada:
Satu perlima daripada jumlah ahli-ahli yang berhak mengundi adalah menjadi korum Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan
                                                                       
MENYOKONG : 292 UNDI (DILULUSKAN)
Membangkang:   129 Undi



Kertas Undi Dikeluarkan          :        677
Kertas Undi Dikembalikan       :        438
Kertas Undi Rosak                    :        5 (kosong tiada pangkah)

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN MJKK 2014-2016

KEPUTUSAN RASMI UNDI SULIT
PEMILIHAN JAWATANKUASA KERJA SESI 2014-2016
KESATUAN PEMBANTU PERANGKAAN KERAJAAN SEMENANJUNG MALAYSIA
PADA 04 SEPTEMBER 2014

PRESIDEN

1.             MAHMUD BIN JAMALUDDIN (0866)                         -     MENANG TANPA BERTANDING

NAIB PRESIDEN

1.             Nur Azlilyany Mok binti Abdullah (0247)                    -     241 Undi
2.             MD RASHID BIN MD SAID (0643)                             -     278 Undi (TERPILIH)

SETIAUSAHA

1.      ROSLAN BIN NORDIN (0098)                                   -     MENANG TANPA BERTANDING

PENOLONG SETIAUSAHA

1.      NOOR ARFIKEEN BINTI ARIFFIN (0433)                  -     339 Undi (TERPILIH)
2.      Rosmawati binti Abu Kassim (0472)                          -     166 Undi

BENDAHARI

1.      NOOR HANIM BINTI HARUN (0438)                         -     MENANG TANPA BERTANDING

PENOLONG BENDAHARI

1.      NORASMAWATI BINTI ABDUL KARIM (0422)          -     265 Undi (TERPILIH)
2.      Norazita binti Abdul Razak (0421)                            -     238 Undi
5 AHLI JAWATANKUASA KERJA

1.      NUR AZLILYANY MOK BINTI ABDULLAH (0247)     -     321 Undi (TERPILIH)
2.      ROSMAWATI BINTI ABU KASSIM (0472)                -     380 Undi (TERPILIH)
3.      HARMIZAN BIN IBRAHIM@YUSOFF (0585)             -     393 Undi (TERPILIH)
4.      MYRLIZAM BIN SABTU (0107)                                -     428 Undi (TERPILIH)
5.      HASLIZA BINTI HASSAN (0362)                              -     376 Undi (TERPILIH)
6.      Muhammad Assamarqandi Lee bin Abdullah (0773)  -     317 Undi
7.      Mohd. Azfar bin Che Yeop (0843)                            -     317 Undi

Kertas Undi Dikeluarkan          :        677
Kertas Undi Dikembalikan       :        524
Kertas Undi Diterima               :        519
Kertas Undi Rosak                 :            5 (kosong tiada pangkah)

Saturday, August 30, 2014

CUEPACS mohon penyelarasan elaun rumah

Melaka: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan melaksanakan penyelarasan elaun tetap perumahan bagi kakitangan awam gred 40 dan ke bawah dalam Bajet 2015.
Presidennya Azih Muda berkata, penyelarasan elaun RM180 kepada RM450 yang pernah dicadangkan kesatuan itu sehingga menjadi isu tertunggak perlu dilaksanakan segera bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Katanya, elaun RM180 sebulan diberikan kepada kakitangan awam kumpulan pelaksana itu dilihat tidak lagi relevan pada masa kini terutamanya kepada mereka yang berkhidmat di kawasan bandar kerana kos sewa rumah yang tinggi.
"Elaun itu tidak dinaikkan sejak lebih 11 tahun lalu, kini tiada lagi rumah sama ada di bandar mahupun luar bandar boleh disewa pada kadar RM180 sebulan sekali gus memaksa kakitangan awam menanggung baki bayaran sewa.
"Sehubungan itu, kita mahu ia dinaikkan kepada RM450 bagi membantu meringankan beban kakitangan awam terdiri daripada kumpulan pelaksana yang perlu menanggung kenaikkan kos sara hidup pada masa kini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-26 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan di Dewan Taming Sari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Sunday, August 24, 2014

CUEPACS HARAP PENAMBAHBAIKAN 171 SKIM PERKHIDMATAN AWAM DIUMUM DALAM BAJET 2015

Bernama
18/9/2014


IPOH, 18 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap penambahbaikan 171 skim perkhidmatan awam yang sedang disemak kerajaan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2015.

Presidennya Azih Muda berkata Cuepacs kini dalam rundingan akhir dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung penambahbaikan skim perkhidmatan awam dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ijazah.

"Cuepacs berharap kerajaan dapat memberi penjelasan segera mengenai penambahbaikan skim itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat isu-isu semasa bersama Pembantu Tadbir di Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Beliau turut meminta kerajaan menyemak gaji minimum kakitangan awam RM800 supaya dinaikkan 30 peratus kerana kos sara hidup yang kini kian meningkat.

"Penjawat awam masih lagi ada yang gaji bawah RM800, mereka ini dikira golongan di bawah garis kemiskinan. Kita minta kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam minimum RM1,200 kerana generasi muda perlukan rumah untuk didiami, membesarkan anak-anak mereka dalam keadaan yang lebih kondusif," katanya.

Dalam Bajet 2015, Azih berkata Cuepacs juga berharap kerajaan memberi lebih peruntukan terhadap aspek kesihatan termasuk menambah mesin hemodialisis.

CUEPACS MOHON BONUS DUA BULAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN

11 Ogos 2014


Utusan Malaysia
11/8/2014



KUALA LUMPUR 11 0gos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam pada pembentangan Bajet 2015, Oktober ini.
 
Presidennya, Azih Muda berkata, pemberian bonus itu amat penting bagi mengurangkan beban tanggungan kakitangan awam terutamanya golongan berpendapatan rendah menangani kos sara hidup yang tinggi.Katanya, ia juga selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin memberangsangkan selain bertujuan menghargai jasa penjawat awam dalam memacu perkembangan itu.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan cek sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) bagi membantu meringankan beban pertubuhan kebajikan itu yang melaksanakan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza.Dalam majlis itu, CUEPACS turut menyumbang sebanyak RM5,000 masing-masing kepada Ma’ahad Tahfiz Akademi Iqro Alquran dan Pusat Jagaan Darul Atiq.-

Thursday, July 10, 2014

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KEPP-STATS SESI 2014-2016


Peraturan 9(2) - NOTIS PERMULAAN
MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN
DAN PEMILIHAN PEGAWAI UNTUK SESI 2014-2016
KESATUAN PEMBANTU PERANGKAAN KERAJAAN
SEMENANJUNG MALAYSIA [KEPP-STATS]

Sukacita dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa mengikut Peraturan 9(2)  KEPP-STATS menggariskan bahawa Notis permulaan bagi Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan yang menyatakan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dan meminta usul-usul untuk dibincangkan di dalam mesyuarat itu (termasuk usul pindaan Peraturan), nama-nama calon anggota Majlis Jawatankuasa Kerja, hendaklah dihantar oleh Setiausaha Kesatuan kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 28 hari sebelum tarikh mesyuarat. “Ahli” di sini bermakna ahli yang berhak mengundi pada masa pengundian itu dijalankan.

2.       Selaras dengan peraturan di atas, Majlis Jawatankuasa Kerja yang bermesyuarat khas pada Isnin, 07 Julai 2014 telah menetapkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan dan Pemilihan Pegawai untuk Sesi 2014-2016 akan di adakan pada Khamis, 04 September 2014 bertempat di Dewan Anggerik Aras 2, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya bermula jam 8.30 pagi.

3.       Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Borang Pencalonan Majlis Jawatankuasa Kerja Sesi 2014-2016 dan Borang Usul (Lampiran B) untuk tindakan tuan/puan selanjutnya.

4.       Sila ambil perhatian untuk mengembalikan borang-borang di perenggan 2 kepada Setiausaha selewat-lewatnya Jumaat, 08 Ogos 2014 (29 hari). Penerimaan lewat tidak akan diterima dan dianggap batal.
         
5.       Kerjasama dan perhatian saudara/saudari dalam perkara ini amatlah dihargai bagi melicinkan persediaan mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih.

ROSLAN BIN NORDIN
SETIAUSAHA KEPP-STATS 2012-2014