Saturday, August 30, 2014

CUEPACS mohon penyelarasan elaun rumah

Melaka: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan melaksanakan penyelarasan elaun tetap perumahan bagi kakitangan awam gred 40 dan ke bawah dalam Bajet 2015.
Presidennya Azih Muda berkata, penyelarasan elaun RM180 kepada RM450 yang pernah dicadangkan kesatuan itu sehingga menjadi isu tertunggak perlu dilaksanakan segera bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Katanya, elaun RM180 sebulan diberikan kepada kakitangan awam kumpulan pelaksana itu dilihat tidak lagi relevan pada masa kini terutamanya kepada mereka yang berkhidmat di kawasan bandar kerana kos sewa rumah yang tinggi.
"Elaun itu tidak dinaikkan sejak lebih 11 tahun lalu, kini tiada lagi rumah sama ada di bandar mahupun luar bandar boleh disewa pada kadar RM180 sebulan sekali gus memaksa kakitangan awam menanggung baki bayaran sewa.
"Sehubungan itu, kita mahu ia dinaikkan kepada RM450 bagi membantu meringankan beban kakitangan awam terdiri daripada kumpulan pelaksana yang perlu menanggung kenaikkan kos sara hidup pada masa kini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-26 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan di Dewan Taming Sari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Sunday, August 24, 2014

CUEPACS HARAP PENAMBAHBAIKAN 171 SKIM PERKHIDMATAN AWAM DIUMUM DALAM BAJET 2015

Bernama
18/9/2014


IPOH, 18 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap penambahbaikan 171 skim perkhidmatan awam yang sedang disemak kerajaan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2015.

Presidennya Azih Muda berkata Cuepacs kini dalam rundingan akhir dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung penambahbaikan skim perkhidmatan awam dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ijazah.

"Cuepacs berharap kerajaan dapat memberi penjelasan segera mengenai penambahbaikan skim itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat isu-isu semasa bersama Pembantu Tadbir di Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Beliau turut meminta kerajaan menyemak gaji minimum kakitangan awam RM800 supaya dinaikkan 30 peratus kerana kos sara hidup yang kini kian meningkat.

"Penjawat awam masih lagi ada yang gaji bawah RM800, mereka ini dikira golongan di bawah garis kemiskinan. Kita minta kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam minimum RM1,200 kerana generasi muda perlukan rumah untuk didiami, membesarkan anak-anak mereka dalam keadaan yang lebih kondusif," katanya.

Dalam Bajet 2015, Azih berkata Cuepacs juga berharap kerajaan memberi lebih peruntukan terhadap aspek kesihatan termasuk menambah mesin hemodialisis.

CUEPACS MOHON BONUS DUA BULAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN

11 Ogos 2014


Utusan Malaysia
11/8/2014



KUALA LUMPUR 11 0gos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam pada pembentangan Bajet 2015, Oktober ini.
 
Presidennya, Azih Muda berkata, pemberian bonus itu amat penting bagi mengurangkan beban tanggungan kakitangan awam terutamanya golongan berpendapatan rendah menangani kos sara hidup yang tinggi.Katanya, ia juga selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin memberangsangkan selain bertujuan menghargai jasa penjawat awam dalam memacu perkembangan itu.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan cek sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) bagi membantu meringankan beban pertubuhan kebajikan itu yang melaksanakan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza.Dalam majlis itu, CUEPACS turut menyumbang sebanyak RM5,000 masing-masing kepada Ma’ahad Tahfiz Akademi Iqro Alquran dan Pusat Jagaan Darul Atiq.-

Thursday, July 10, 2014

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KEPP-STATS SESI 2014-2016


Peraturan 9(2) - NOTIS PERMULAAN
MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN
DAN PEMILIHAN PEGAWAI UNTUK SESI 2014-2016
KESATUAN PEMBANTU PERANGKAAN KERAJAAN
SEMENANJUNG MALAYSIA [KEPP-STATS]

Sukacita dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa mengikut Peraturan 9(2)  KEPP-STATS menggariskan bahawa Notis permulaan bagi Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan yang menyatakan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dan meminta usul-usul untuk dibincangkan di dalam mesyuarat itu (termasuk usul pindaan Peraturan), nama-nama calon anggota Majlis Jawatankuasa Kerja, hendaklah dihantar oleh Setiausaha Kesatuan kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 28 hari sebelum tarikh mesyuarat. “Ahli” di sini bermakna ahli yang berhak mengundi pada masa pengundian itu dijalankan.

2.       Selaras dengan peraturan di atas, Majlis Jawatankuasa Kerja yang bermesyuarat khas pada Isnin, 07 Julai 2014 telah menetapkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan dan Pemilihan Pegawai untuk Sesi 2014-2016 akan di adakan pada Khamis, 04 September 2014 bertempat di Dewan Anggerik Aras 2, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya bermula jam 8.30 pagi.

3.       Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Borang Pencalonan Majlis Jawatankuasa Kerja Sesi 2014-2016 dan Borang Usul (Lampiran B) untuk tindakan tuan/puan selanjutnya.

4.       Sila ambil perhatian untuk mengembalikan borang-borang di perenggan 2 kepada Setiausaha selewat-lewatnya Jumaat, 08 Ogos 2014 (29 hari). Penerimaan lewat tidak akan diterima dan dianggap batal.
         
5.       Kerjasama dan perhatian saudara/saudari dalam perkara ini amatlah dihargai bagi melicinkan persediaan mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih.

ROSLAN BIN NORDIN
SETIAUSAHA KEPP-STATS 2012-2014

Friday, December 20, 2013

Azih Muda Presiden Baru Cuepacs


KUALA LUMPUR, 19 Dis - Sdr. Azih Muda diumumkan sebagai Presiden CUEPACS bagi penggal 2013-2016 pada pemilihan Konvensyen Tritahunan CUEPACS Ke-26 yang diadakan di Dewan Wawasan, Menara PGRM Cheras.
  Beliau sebelum ini memeggang jawatan Timbalan Presiden 1 CUEPACS merupakan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE).

Utusan Malaysia, 20 Dis 2013

Pegawai Tertinggi CUEPACS sesi 2013-2016

Presiden : AZIH MUDA
Timbalan Presiden 1 : ZAINAL ISMAIL
Timbalan Presiden 2 : MOHD SHAMAN JAES

Setiausaha Agung : LOK YIM PHENG
Timbalan Setiausaha Agung 1 : ADNAN MAT
Timbalan Setiausaha Agung 2 : ABDUL RAHMAN MOHD
Timbalan Setiausaha Agung 3 : MAHAMAD BAHRUM

Setiausaha Kewangan : JAAPAR MANSOR
Timbalan Setiausaha Kewangan : MOHD RAZALI SINGAH

Berita Harian, 20 Dis 2013

Gred Sains, Pendidikan & Pembangunan
  Naib Presiden : ASHARI MAAROF
  Pen. Setiausaha : ZAITON OTHMAN

Gred Pelajaran
  Naib Presiden : HASHIM ADNAN
  Pen. Setiausaha : KAMARUZAMAN ABD RAZAK

Gred Ekonomi & Pertanian
  Naib Presiden : HASMI HAMIDAN
  Pen. Setiausaha : RAZALI SARIP

Gred Kejuruteraan
  Naib Presiden : MOHAMAD YUSOF
  Pen. Setiausaha : RAZAK DARUS

Gred Keselamatan, Pertahanan Awam, Perundangan & Pengangkutan
  Naib Presiden : MOHD SAYUTI HARON
  Pen. Setiausaha : MASNUN IDRIS

Harian Metro, 20 Dis 2013

Gred Pentadbiran & Sokongan, Bakat Seni & Sosial
  Naib Presiden : AMINUDDIN CHIK
  Pen. Setiausaha : SALIMAH KADIS

Gred Perubatan & Kesihatan
  Naib Presiden : ZAINAL ABD GHAFAR
  Pen. Setiausaha : SALINA MD SAID

Gred Mahir, Separuh Mahir & Tidak Mahir
  Naib Presiden : SAYUTI DOLLAH
  Pen. Setiausaha : IZAM KHUZAIFAH

Gred Kewangan & Sistem Maklumat
  Naib Presiden : RAMLI KHALIL
  Pen. Setiausaha : MOHD ARFANDI SAID

Bahagian Wanita
  Naib Presiden : ROSNI ABD AZIZ
  Pen. Setiausaha : SITI HJ MAHFUZ

Kosmo, 20 Dis 2013

Gred Kuasa-Kuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun
  Naib Presiden : MOHD HAMIDI SALLEH
  Pen. Setiausaha : AZHAR ABD SHUKOR

Gred Pengurusan & Profesional
  Naib Presiden : WAN AHMAD FAIZAL WAN NAWI
  Pen. Setiausaha : HARRY TAN HUAT HOCK

Gred Sabah
  Naib Presiden : LAURANCE BOON
  Pen. Setiausaha : ADAMIN MOK

Gred Sarawak
  Naib Presiden : RIDCHARD PANDAT PENGIRET
  Pen. Setiausaha : AHMAD MALIK

Gred Penguatkuasaan
  Naib Presiden : HAMZAH MASRI
  Pen. Setiausaha :    -

New Straits Times, 20 Dec 2013

Monday, November 4, 2013

04 November 2013

SIARAN MEDIA PERJUMPAAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA CUEPACS 1 NOVEMBER 2013

PASUKAN KOMUNIKASI
Jabatan Perkhidmatan Awam
1 November 2013



SIARAN MEDIA
PERJUMPAAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
 BERSAMA CUEPACS
1 NOVEMBER 2013
81 SKIM PERKHIDMATAN AWAM DINAIK TARAF
PUTRAJAYA  1 Noveber 2013 – Berikutan daripada  pembentangan Baget 2014 YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan seperti  yang diumumkan oleh YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara, baru-baru ini.. Penambahnbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam akan dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang melibatkan 613,732 penyandang. Penambahbaikan ini merupakan salah satu Teras Transfomasi Perkhidmatan AwamPerlaksanaannya adalah bersesuaian dengan setiuasi semasa agar perkhidmatan awam kekal relevan bagai mencapai hasrat Kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, nerpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
“Kajian terhadap 81 skim-skim perkhidmatan awam berkenaan telah dilaksanakan secara rundingan di antara JPA, Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan, CUEPACS dan Kesatuan/Persatuan tiga(3) Majlis Bersama Kebangsaan iaitu ahli Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Pengurusan dan Profesional (MBK P&P), ahli Majlis Bersama  Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Sains dan Teknologi (MBK S&T) dan ahli Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja=Pekerja Am (MBK Am) antara penambahbaikan skim perkhidmatan tersebut mendapat persetujuan pihak kata YBhg Tan sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam selepas pertemuan khas bersama pihak CUEPACS pada hari ini.
Pihak CUEPACS telah menyambut baik usaha Kerajaan ini dan bersedia untuk turut sama dalam program turun padang JPA ke seluruh negara bagi memberi taklimat tentang perlaksanaan ini, CUEPACS juga berpendapat bahawa masnya adalah amat sesuai serta dapat melonjakkan lagi kretibiliti penjawat awam.
“Berikutan pendapat 81 skim perkhidmatan ini, maka Kerajaan berjaya mengurangkan bilangan skim perkhidmatan  sedia ada dari 274 kepada 249 pada 1 Januari 2014 ’ kata Zabidi lagi.
Selain dari CUEPACS, JPA juga akan mengadakan satu taklimat khas bagi memberi taklimat tentang perlaksanaan penambahbaikan ini pada 4 November 2013 kepada Ketua Perkhidmatan yang terlibat, ahli-ahli MBK S&T dan MBK Am serta kesatuan-kesatuan perkhidmatan yang berkaitan.
Skim-skim perkhidmatan awam yang telah sedia untuk dilaksanakan adalah :
a)                   Pengubalan skim perkhidmatan baharu iaitu Pensyarah Farmasi bagi menarik bakat dan calon terbaik untuk menyertai profesion ini serta memastikan laluan kemajuan kerjaya Penyarah Farmasi standing dengan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia.
b)                  Kenaikan taraf skim perkhidmatan Gred 1 – Gred 10 kepada Gred 11 berikutan penetapan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam adalah Penilaian Menengah Rendah (PMR)
c)                     Pengabungan 19 skim perkhidmatan kepada 7 skim perkhidmatan dengan tujuan mengembangkan kepakaran/kemahiran yang perbagai penambahbaikan peluang kemahuan kerjaya dan mobility pegawai.
Contoh pengabungan:

               Tukang K1 Gred R17,R24                =         Pembantu Kemahiran
                 Tukang K2 Gred R11, R22                         Gred  H17,H22, H26
                 Tukang K3 Gred R9, R14                          
d)                    Pengabungan 9 skim perkhidmatan kepada 5 skim perkihmatan bagi mrnambahbaik peluang kemajuan kerjaya berasaskan kesinambungan perkhidmatan:
Contoh:

·         Pembantu Veterinar                                    Pembantu Veterinar/
·         Penolong Pegawai Veterunar      =         Penolong Pegawai Veterinar
e)                 Pindaan perbekalan 25 skim perkhidmatan seperti nama skim perkhidmatan, nama  dan kod klasifikasi perkhidmatan, perubahan lapisan gred jawatan, pindaan syarat-syarat kelayakan masuk, perubahan syarat dalam pengesahan  perkhidmatan, perubahan syarat kenaikan pangkat, peruntukan kenaikan pangkat ke kumpulam pengurusan tertinggi, perubahan terma dan syarat umur Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dan peruntukan Syarat Indeks Jisim Badan (BMI)/ peruntukan syarat fizikal.
f)                     Penjumudan 7 skim perkhidmatan Juruteknik, Juruteknik Ukur dan Pembantu Pertanian bagi mengurangkan lapisan penyelia dalam organisasi.

PASUKAN KOMUNIKASI
Jabatan Perkhidmatan Awam
1 November 2013

Sunday, October 27, 2013

Dapatkan maklumat tepat

ABDUL Wahid Omar (tengah) diiringi Abdul Rahman Hasan (empat, kiri) bersama sebahagian daripada 2,500 peserta menyertai Larian Statistik 2013 di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya, semalam. 
 
PUTRAJAYA 26 Okt. - Terlalu banyak maklumat tidak tepat disebarkan oleh pakatan pembangkang menjadi punca utama segelintir masyarakat negara ini menolak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, penyebaran maklumat tidak tepat sememangnya mempengaruhi pemikiran sesetengah pihak sekali gus menyebabkan pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diterima dalam perasaan bercampur baur.

Beliau berkata, masyarakat negara ini perlu mendapatkan maklumat sahih mengenai intipati Bajet 2014 bagi membolehkan mereka memahami setiap perancangan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi Malaysia.

"Sekarang terlalu banyak maklumat yang tidak betul disebarkan terutama oleh pakatan pembangkang. Sebagai rakyat, kita perlu memahami dan mendapatkan maklumat yang tepat mengenai intipati Bajet 2014.

"GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus adalah jauh lebih rendah daripada kadar cukai-cukai sedia ada seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Larian Statistik 2013 di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Perangkaan Malaysia, Dr. Abdul Rahman Hasan dan Presiden Persatuan Perangkaan Malaysia, Dr. Mohd. Uzir Mahidin.

Menurut Abdul Wahid , kadar GST yang akan dilaksanakan di Malaysia juga amat rendah berbanding dalam kalangan negara ASEAN lain yang turut melaksanakannya seperti Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina dan Laos yang mengenakan GST pada kadar 10 peratus manakala Singapura serta Thailand pada kadar tujuh peratus.

"Ramai yang kata bila GST diperkenalkan akan ada pihak yang terbeban. Mereka sebenarnya silap kerana melalui pelaksanaan GST kita sebenarnya mengelak daripada pembayaran cukai dua kali iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan, selepas ini kita hanya perlu bayar satu cukai sahaja.

"Perubahan harga barangan atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum, malah ada barangan yang akan menjadi lebih murah. Selain itu terdapat juga barangan utama di negara ini bakal dikecualikan daripada GST," katanya.

Katanya, rakyat negara ini sepatutnya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana membentangkan bajet yang komprehensif dan bertanggungjawab bagi memastikan negara ini berkembang secara mapan dan cemerlang.

"Bajet 2014 sebenarnya menyasarkan untuk mengurangkan kadar defisit negara kepada 3.5 peratus pada 2014 dan tiga peratus menjelang 2015 selaras dengan matlamat untuk mencapai bajet seimbang menjelang 2020," katanya.

Sementara itu mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan GST bakal membebankan rakyat, Abdul Wahid berkata, kerajaan telah melakukan kajian terperinci sebelum memutuskan untuk melaksanakan GST.

"Kerajaan telah bersedia dengan sebarang kemungkinan, contohnya pelbagai bantuan sokongan akan diberikan kepada rakyat semasa peringkat peralihan pelaksanaan GST termasuk pemberian bantuan tunai secara 'one-off' sebanyak RM300 kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.