Tuesday, January 22, 2013

Penetapan Gaji Minimum Bakal Diumum Februari Ini - KSN

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian teliti bagi menangani masalah penjawat awam yang berprestasi baik dan cemerlang denganmarkah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) merekatetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat keranatiada kekosongan.

"Saya tidak mahu melihat penjawat awam yang menjalankan tugas dengan cemerlang tetapi mendapat gaji statik. Ini yang saya mahu atasi.

“JPA sedang memuktamadkan senarai yang ada. Mereka sedang meneliti rekod perkhidmatan. Selalunya akan ada kenaikan biasa gaji, tetapi dalam kes ini kita mahu selesaikan kes mereka yang sudah mencapai tahap statik.

“Kami perlu berbincang dengan Perbendaharaan mengenai implikasi kewangan.Kerajaan amat positif mengenainya. Mereka faham gaji statik bukannya jawapan kepada penjawat awam yang berprestasi cemerlang," katanya pada sidang media di sini Selasa.

Sebelum itu, Ali menyampaikan Amanat 2013 kepada kira-kira 4,000 penjawat awam pelbagai kementerian dan jabatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Majlis yang dilaksanakan menerusi ‘live-streaming’ itu turut boleh disaksikan penjawat awam di seluruh negara.

Dalam amanatnya, Ali menyarankan penjawat awam memainkan peranan dalam sektor luar negeri khususnya untuk memahat nama Malaysia di persada antarabangsa.

Beliau berkata, sektor domestik dan luar negeri adalah sama penting untuk memacu agenda transformasi negara ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

“Semua penjawat awam, baik di dalam mahupun di luar negara, perlu terus bekerjasama dan bergerak sebagai satu pasukan untuk memastikan kecekapan penyampaian, keberkesanan pengurusan dan amalan diplomasi yang proaktif demi mempertahan dan mempromosi kepentingan Malaysia.

“Kita juga perlu sentiasa mengintai atau mencari peluang-peluang baru dalam mempromosi imej negara, selain juga menerokai pasaran atau pelaburan baru untuk negara,” katanya.

Selain itu, Ali juga menyarankan penjawat awam agar lebih peka dan responsif dalam melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan kerajaan.

Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 telah mengumumkan 111 perkara melalui penjanaan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Dalam hal ini, sokongan dan kerjasama di semua peringkat, tidak mengira sama ada ketua jabatan, pegawai pengurusan mahupun kumpulan pelaksana, diharapkan dalam memastikan kelangsungan serta kelancaran pelaksanaan keputusan-keputusan tersebut agar matlamatnya tercapai dengan jayanya.

“Sebagai penjawat awam yang prihatin dengan wawasan kerajaan, hendaklah bertindak lebih proaktif untuk memudahkan dan bukan menyusahkan,” katanya.

Pada majlis yang sama, Ali melancarkan buku bertajuk 'Pengamalan Budaya Ketepatan Dalam Gagasan 1Malaysia: Transformasi Ke Arah Pembentukan Negara Maju' dan buku kecil Gagasan 1Malaysia dalam lima bahasa.

BERNAMA Selasa Januari 22, 2013 MYT 10:57:00 PM

Thursday, January 17, 2013

elaun tetap rumah panjawat awam naik kepada 480?

Bernama
16/2/2013


OMAR OSMAN... Presiden CUEPACS
   

MELAKA 17 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyegerakan kelulusan permohonan kenaikan elaun tetap perumahan penjawat awam daripada RM180 kepada RM480.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kesatuan itu sudah pun memohon kenaikan elaun terbabit sejak lima tahun lalu."Jadi, saya berharap elaun itu dapat dinaikkan pada kadar RM480 daripada RM180 sebulan. Jumlah itu pun sebenarnya masih rendah jika mengambil kira dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di kawasan bandar memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja.

"Jika diluluskan (elaun tetap perumahan RM480), sudah tentu tahap perkhidmatan anggota dapat dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Gaza daripada penjawat awam Kementerian Pertahanan Melaka di Dewan Perwira, Kem Terendak di sini hari ini.Omar berkata, pihaknya juga memohon kerajaan segera mempertimbang dan meluluskan permohonan penurunan faedah pinjaman perumahan daripada empat peratus kepada satu peratus. - UTUSAN

Tuesday, January 1, 2013

Penjawat awam bakal dapat 'perlindungan'

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam bakal mendapat perlindungan sebaik-baiknya jika cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam yang dikemukakan Suruhanjaya Khas bagi Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam diterima kerajaan.

Pengerusi suruhanjaya khas itu, Tun Zaki Azmi berkata, penambahbaikan itu meliputi 19 cadangan yang akan dikemukakan kepada Kabinet selewat-lewatnya Januari ini.

Jelas beliau, antara bentuk perlindungan itu adalah isu kenaikan gaji penjawat awam yang dibincangkan bersama enam anggota suruhanjaya tersebut.

"Kajian ini juga menentukan kakitangan awam akan dapat perlindungan daripada kerajaan, namun terpulang kepada kerajaan menerima atau tidak cadangan ini.

"Walau bagaimanapun, isu kenaikan gaji bukan perkara utama, tetapi fokus kita adalah menambah baik sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.