Wednesday, November 16, 2016

PERSIDANGAN MYSTATS

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Institut Statistik Malaysia (ISM) telah menganjurkan bersama Persidangan Statistik Malaysia Keempat - MyStats 2016 pada hari Selasa, 15 November 2016 bertempat di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.

Persidangan ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada komuniti statistik pada tahun 2015 dan pada 2016 bakal dihadiri oleh 500 orang peserta.

Sdr. Roslan bin Nordin, Presiden KEPP-STATS dan Sdri. Nur Azlilyany Mok binti Abdullah, AJK KEPP-STATS telah dijemput menghadiri persidangan ini.





PERSIDANGAN MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN AM - KUMPULAN PELAKSANA

Persidangan Majlis Bersama Kebangsaan 2016 telah dilangsungkan dari 11 hingga 13 November 2016 bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak.

Sdr. Roslan bin Nordin, Presiden KEPP-STATS yang juga Penolong Setiausaha Klasifikasi Ekonomi (E) dan Kewangan (W) telah menghadiri persidangan berkenaan.



Ahli Mesyuarat MBK juga telah di bawa melawat Kg. Budaya Sarawak.


Pada mesyuarat ini juga turut diadakan Majlis Makan Malam meraikan Persaraan Tan Sri Mohd. Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang akan bersara pada 31 Disember 2016. Beliau telahpun dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Agrobank.








MAJLIS JAWATANKUASA KERJA
KESATUAN PEMBANTU PERANGKAAN
KERAJAAN SEMENANJUNG MALAYSIA
KEPP-STATS
(SESI 2016 – 2018)


PRESIDEN
ROSLAN BIN NORDIN

NAIB PRESIDEN
MD RASHID BIN MD SAID

SETIAUSAHA
ROSMAWATI BINTI ABU KASSIM

PENOLONG SETIAUSAHA
NOOR ARFIKEEN BINTI ARIFFIN

BENDAHARI
NORASMAWATI BIN ABDUL KARIM

PENOLONG BENDAHARI
HASLIZA BIN HASSAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA
NUR AZLILYANY MOK BINTI ABDULLAH
MYRLIZAM BIN SABTU
MOHD ZAID BIN AWANG
MOHD FUAD BIN ISMAIL
MOHD AZHAR BIN MAHMUD

JURUAUDIT DALAM
JASMADI BIN SHUIB
SITI IESNORHANA BINTI IBRAHIM

Sunday, June 12, 2016

NOTIS AWAL MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KEPP-STATS SESI 2016-2018

Semua Ahli Kesatuan Pembantu Perangkaan
Kerajaan Semenanjung Malaysia


Tuan/Puan,

Peraturan 9(2) - NOTIS PERMULAAN
MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN
DAN PEMILIHAN PEGAWAI UNTUK SESI 2016-2018
KESATUAN PEMBANTU PERANGKAAN KERAJAAN
SEMENANJUNG MALAYSIA [KEPP-STATS]

Dengan hormatnya saya diarahkan memaklumkan kepada saudara/saudari bahawa Majlis Jawatankuasa Kerja yang bermesyuarat pada 12 April 2016 telah menetapkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan dan Pemilihan Pegawai untuk Sesi 2016-2018 akan di adakan pada Khamis, 29 September 2016 (tertakluk kepada perubahan) bertempat di Dewan Anggerik Aras 2, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya bermula jam 8.30 pagi.

2.       Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan dokumen berikut untuk tindakan tuan/puan:
i.     Lampiran A:   Borang Pencalonan Majlis Jawatankuasa Kerja 2016/2018;
ii.    Lampiran B:   Borang Pencalonan Perwakilan ke Konvensyen
                              Tri-Tahunan CUEPACS;
iii.   Lampiran C:    Borang Pencalonan Perwakilan ke Mesyuarat Agung 
                               Tri-Tahunan CUEPACS WPKL;
iv.    Lampiran D:   Borang Pencalonan Perwakilan ke Mesyuarat Agung 
                               Dwi-Tahunan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK-AM Pelaksana)
iv.    Lampiran E:   Borang Usul

3.       Sila ambil perhatian untuk mengembalikan borang-borang di perenggan 2 kepada Setiausaha selewat-lewatnya Jumaat, 3 Jun 2016 (39 hari). Penerimaan lewat tidak akan diterima dan dianggap batal.
         
4.       Kerjasama dan perhatian saudara/saudari dalam perkara ini amatlah dihargai bagi melicinkan persediaan mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih.

“KESATUAN KITA TANGGUNGJAWAB KITA”

 Yang berusaha,

ROSLAN BIN NORDIN)
SETIAUSAHA KEPP-STATS 2014/2016


s.k      Pengarah,
Jabatan Hal-Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor/Wilayah Persekutuan



CUEPACS AMAT HARGAI BANTUAN HARI RAYA


Utusan Malaysia 9/6/2016 

PUTRAJAYA 9 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pengumuman Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri. Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, bantuan khas yang akan diberikan kepada 1.6 juta orang penjawat awam itu akan banyak meringankan beban kewangan golongan berkenaan. “Ini adalah satu pengiktirafan kepada penjawat awam dan saya berharap semua penjawat awam menerimanya dengan terbuka dan penuh tanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar selepas program taklimat CUEPACS di Kementerian Kewangan di sini hari ini. -

Tuesday, March 22, 2016

CUEPACS MAHU PENJAWAT AWAM TINGGAL DI KUARTERS TIDAK DIKENAKAN POTONGAN ITP

Bernama 7/3/2016 MIRI, 7 Mac (Bernama) -- 


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda mahu pemotongan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) bagi penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan dihentikan sekiranya kerajaan tidak mampu menyelenggara kuarters tersebut. "Saya cadangkan guna konsep sewa dengan kadar yang rendah. Ini lebih adil kerana ianya membolehkan penjawat awam menyelenggara sendiri kuarters dengan menggunakan wang ITP," katanya. Beliau diminta mengulas rungutan penjawat awam di sini yang kuarters mereka duduki uzur dan tiada penyelenggaraan dibuat ekoran tiada peruntukan. Azih berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan. Penjawat awam kini menerima imbuhan ITP antara RM300 hingga RM3,000 bergantung kepada gred jawatan dan lokasi kediaman mereka, tetapi pada kadar 25 peratus bagi yang menduduki kuarters.