Sunday, June 12, 2016

NOTIS AWAL MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KEPP-STATS SESI 2016-2018

Semua Ahli Kesatuan Pembantu Perangkaan
Kerajaan Semenanjung Malaysia


Tuan/Puan,

Peraturan 9(2) - NOTIS PERMULAAN
MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN
DAN PEMILIHAN PEGAWAI UNTUK SESI 2016-2018
KESATUAN PEMBANTU PERANGKAAN KERAJAAN
SEMENANJUNG MALAYSIA [KEPP-STATS]

Dengan hormatnya saya diarahkan memaklumkan kepada saudara/saudari bahawa Majlis Jawatankuasa Kerja yang bermesyuarat pada 12 April 2016 telah menetapkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan dan Pemilihan Pegawai untuk Sesi 2016-2018 akan di adakan pada Khamis, 29 September 2016 (tertakluk kepada perubahan) bertempat di Dewan Anggerik Aras 2, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya bermula jam 8.30 pagi.

2.       Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan dokumen berikut untuk tindakan tuan/puan:
i.     Lampiran A:   Borang Pencalonan Majlis Jawatankuasa Kerja 2016/2018;
ii.    Lampiran B:   Borang Pencalonan Perwakilan ke Konvensyen
                              Tri-Tahunan CUEPACS;
iii.   Lampiran C:    Borang Pencalonan Perwakilan ke Mesyuarat Agung 
                               Tri-Tahunan CUEPACS WPKL;
iv.    Lampiran D:   Borang Pencalonan Perwakilan ke Mesyuarat Agung 
                               Dwi-Tahunan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK-AM Pelaksana)
iv.    Lampiran E:   Borang Usul

3.       Sila ambil perhatian untuk mengembalikan borang-borang di perenggan 2 kepada Setiausaha selewat-lewatnya Jumaat, 3 Jun 2016 (39 hari). Penerimaan lewat tidak akan diterima dan dianggap batal.
         
4.       Kerjasama dan perhatian saudara/saudari dalam perkara ini amatlah dihargai bagi melicinkan persediaan mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih.

“KESATUAN KITA TANGGUNGJAWAB KITA”

 Yang berusaha,

ROSLAN BIN NORDIN)
SETIAUSAHA KEPP-STATS 2014/2016


s.k      Pengarah,
Jabatan Hal-Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor/Wilayah Persekutuan



CUEPACS AMAT HARGAI BANTUAN HARI RAYA


Utusan Malaysia 9/6/2016 

PUTRAJAYA 9 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pengumuman Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri. Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, bantuan khas yang akan diberikan kepada 1.6 juta orang penjawat awam itu akan banyak meringankan beban kewangan golongan berkenaan. “Ini adalah satu pengiktirafan kepada penjawat awam dan saya berharap semua penjawat awam menerimanya dengan terbuka dan penuh tanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar selepas program taklimat CUEPACS di Kementerian Kewangan di sini hari ini. -